PERSATUAN IBU-IBU MENGANDUNG

                               

                                        LANTAI PELVISANDA SELEPAS KELAHIRAN

 Apa itu lantai pelvis?

... Lantai pelvis ialah seperti anduh yang lebar yang mengandungi otot-otot, ligamen-ligamen dan helaian-helaian tisu. Ia terbentang dari tulang pubik di depan ke hujung spina anda.

Ia pernah disamakan dengan trampolin, sebab ia boleh meregang dengan tekanan berat dan melambong ke atas semula!

Namun, tidak seperti trampolin, jika ia menampung berat terlalu lama (seperti semasa kehamilan), otot-otot dan tisu boleh menjadi kendur dan lemah.

Mengapakah lantai pelvis itu sangat penting?

Lantai pelvis anda menyokong pundi kencing, usus dan rahim anda. Jadi lantai pelvis anda memberikan kawalan atas bila hendak mengosongkan pundi kencing atau menggerakkan usus.

Lantai pelvis yang lemah menyebabkan anda mengalami kesukaran bila hendak menyelit otot-otot di bahagian bawah pundi kencing anda untuk menahan urin dari terkeluar. Anda mungkin membocorkan air kencing apabila anda batuk, bersin atau bersenam.

Ini dipanggil inkontinens stres dan anda bukan keseorangan jika anda ada kesukaran ini. Inkontinens stress menjejaskan hampair satu per tiga ibu-ibu baru.

Lantai pelvis anda juga mempengaruhi otot-otot vagina anda juga. Lantai pelvis yang longgar dan lemah boleh membawa kepada kurang kepuasan semasa perhubungan seks.

Lantai pelvis bukan sahaja penting bagi kehamilan dan kelahiran. Anda perlu mengukuhkan kekuatannya sepanjang hidup anda supaya tidak mengalami masalah lain di kemudian hari, terutamanya selepas menopaus.

Ini termasuk jika otot-otot vagina lemah, uterus anda boleh melendut dan menekan dinding vagina anda. Ini dipanggil prolaps. Adalah dianggarkan bahawa empat dalam 10 wanita berumur lebih dari 50 mempunyai prolaps di beberapa darjah kerosakan.

Ini agak menakutkan, tetapi berita baik ialah anda boleh berbuat sesuatu mengenainya. Jika anda membuat senaman lantai pelvis setiap hari, anda boleh mengelakkan masalah di kemudian hari.

Bagaimana kelahiran bayi saya menjejas lantai pelvis saya?

Semasa proses kelahiran dan melahirkan,lantai pelvis anda meregang untuk membenarkan kepala bayi keluar melalui vagina anda. Ini mungkin menyebabkan calar-lebam, bengkak dan kesakitan.

Saraf-saraf yang bersambung kepada otot-otot lantai pelvis anda juga telah melonggar. Ini akan membuat bahagian di antara vagina dan anus anda (perineum) terasa kebas.

Lantai pelvis anda mungkin telah terlalu melonggar semasa bersalin jika anda:

* telah terpaksa menolak bayi keluar bagi tempoh masa yang panjang;
* mempunyai bayi besar;
* kekoyakan parah;
* kelahiran forseps.


Jika anda terlalu aktif terlalu cepat, anda akan dapat merasakan pada lantai pelvis anda. Jika lantai pelvis anda terasa berat, atau jika anda terasa seakan-akan ada benda yang membonjol di celah kangkang anda, ianya mungkin satu tanda yang anda telah bekerja berlebihan.

Cuba bawa berehat dan elakkan daripada berdiri terlalu lama. Jika boleh, ambil masa untuk berbaring, bukan duduk - ini akan mengurangkan tekanan ke atas perineum anda.

Bilakah saya boleh memulakan senaman lantai pelvis?

Mula dengan membuat senaman lantai pelvis seberapa cepat yang boleh. Walaupun ianya satu perkara yang anda kurang gemar lakukan, melakukannya awal akan membantu. Senaman-senaman itu akan:

* memulihkan perineum dan vagina anda dengan lebih pantas;
* menghalang kebocoran urin;
* meningkat peredaran darah ke perineum dan membantu menghilangkan bengkak dan luka-luka geseran.

Jika anda dimasukkan kateter, tunggu selepas ianya ditanggalkan sebelum memulakan senaman anda.

Anda akan mendapati bahawa pada hari-hari atau minggu-minggu pertama anda tidak dapat merasakan sebarang gerakan dari otot-otot lantai pelvis anda dan tiada apa yang berlaku. Jangan risau, ini adalah normal dan disebabkan oleh saraf-saraf terlalu longgar.

Senaman-senaman memang berkesan walaupun anda kurang merasakannya. Terus mencuba, dan sensasi di lantai pelvis anda akan kembali selepas beberapa hari.

Adalah paling elok bagi melatihkan otot-otot lantai pelvis anda dengan berbaring atas belakang anda atau di sisi. Setengah wanita mendapati lebih senang melakukan ini dalam tab mandi sebab mereka merasakan lebih relaks.

Ini peringkatan bagi membuat senaman-senaman lantai pelvis:

• Tarik nafas dan sambil menghembus nafas, selitkan otot-otot lantai pelvis. Tarikkan otot-otot ke dalam, seperti hendak menahan aliran urin atau kentut!

• Kekalkan kontraksti untuk empat atau lima saat sambil bernafas seperti normal.

• Anda mungkin terasa otot-otot bahagian bawah perut menegang, dan itu perkara biasa. Jika anda menegangkan otot-otot bahagian atas perut (melebihi paras pusat), anda sudah membuat terlebih!

• Bangunkan kebolehan sehingga anda boleh mengekalkan kontraksi lantai pelvis selama 10 saat sambil bernafas seperti biasa. Jika anda hilang kawalan pernafasan, berhentikan dan bermula semula.

Adakah saya masih perlu melakukan senaman ini jika mendapat caesarean?

Ya. Hanya keadaan hamil sahaja boleh membebankan lantai pelvis anda, dan berat badan bayi anda menambahkan beban lagi.

Berita baik ialah anda akan mendapati adalah lebih senang melakukan senaman ini daripada seorang yang mengalami kelahiran vagina, sebab lantai pelvis anda tidak akan terasa sakit. Saraf-saraf anda tidak terjejas jadi otot-otot anda boleh bekerja segiat mungkin!

Bagaimana jahitan mempengaruhi lantai pelvis saya?

Anda patut boleh melakukan senaman lantai pelvis walaupun anda diberi jahitan. Tetapi jika ianya merupakan jahitan ketat, ini kadangkala menyebabkan anda menegangkan otot-otot lantai pelvis anda. Jika jahitan anda terasa sakit selepas minggu-minggu pertama, mungkin anda juga akan menegangkan otot-otot lantai pelvis anda, dengan tidak sengaja, sebagai reaksi terhadap kesakitan itu.

Jika otot-otot ditegangkan terlalu lama, ini akan menyebabkan masalah seperti sakit semasa perhubungan seks dan inkontinens.

Anda boleh membantu mengelakkan simptom-simptom ini dengan memberi fokus kepada bahagian senaman yang merelakskan lantai pelvis. Sesudah mengetatkan lantai pelvis anda, pastikan anda melepaskannya sepenuhnya sebelum memulakan kontraksi baru.

Menolak secara lembut di penghujung kontraksi boleh membantu dalam hal ini. Tunggu 10 saat sebelum mengulanginya. Jangan melakukan senaman secara tergesa-gesa dan pastikan anda bernafas secara normal.

Bilakah saya patut mencari bantuan?

Jika, selepas pemeriksaan posnatum, anda dapati bahawa anda masih kebocoran air kencing, tidak boleh mengetatkan otot-otot dengan baik, terutama sekali selepas bersenam sekali atau dua kali, atau masih mengalami kesakitan, dapatkan nasihat doktor anda. Minta rujukan kepada ahli fisioterapi atau pakar urologi.

Adalah baik jika anda diperiksa oleh pakar lebih awal dari enam minggu jika anda:

* melalui kelahiran forseps;
* terdapat satu kekoyakan parah;
* membocor air kencing semasa enam bulan pertama kehamilan atau sebelum hamil.

Ada kebarangkalian anda mendapat masalah seperti inkontinens atau prolaps. Mendapatkan bantuan pakar di peringkat awal selepas kelahiran bayi akan membantu mengelakkan masalah-masalah ini daripada berlaku.











TIPS MENGENAI KITARAN HAID & WAKTU SUBUR

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
... 1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.

Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Lihat seterusnya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom cuba resepi di bawah...sedap!!!! hampa mesti suka punya laa..hehe..

USIA PUTERA KESAYANGANKU



USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers

Back to Top