0

KEK C0KLAT

Huh!!! langit nan biru hampir x kelihatan..dipenuhi dgn kabus2 putih.hampir seminggu dah bumi lumut nie diseliputi jerubu.dan hampir seminggu jugak hujan xturun.kalau hujan turun kurang la ckt jerubu nie..hidung dan tekak aku nie mula la gatai2.dah 2 hari aku selsema,sakit tekak.hari nie rasa kurang ckt sakitnya..DAN kerana jerubu nie aku dan anakku di KUARANTIN oleh en s0miku..hehe!!..d0k dlm umah je.cuma smlm je en s0mi ajak pi mkn kfc dkt lumut tu.tu p0n pi mlm..





emmm..bila kena kuarantin nie rasa boring la plak.asyik tgk tv,mengadap lappy nie ja.hari nie aku g0dek2 dapur tgk ada serbuk k0ko lg.mula la dlm kepala ada misi yg nak dibuat hihi!!...KEK COKLAT!!...kek paling mudah dan sedap aku rasa.resepi kek nie ihsan dari jiranku sendiri hehe!!!.. kak ASMARITA KASMAN.. setiap kali aku buat mkn2 or jamuan kek nie yg menjadi pilihan utama aku. aku suka berkawan dgn kak ita nie sbb dia jenis xkedekut ilmu.dia org j0hor.dia ada la jugak ajar aku cara masakan joh0r..



Nie kek coklat yg aku buat td..aku buat setengah adunan je :)


kek yg siap di t0pping...




















untuk t0pping kek nie aku ciplak resepi dari akak DAYANGKU JACK / DAPURKU SAYANG
tima kasih akak..senang cara buat ganache nih rupanya...
0

Petua Menangani Demam Panas dan sawan tarik



Tanda-Tanda Demam Panas:

1. Suhu badan 37°C dan ke atas.

2. Badan dan kepala panas, tapi tangan dan kaki sejuk dan pucat. Bibir kebiru-biruan.

3. Badan tak berpeluh. Kaki dan tangan sejuk.. badan panas, kepala panas. (kalau tangan, muka, kaki dah biru tu cepat-cepat bawa klinik/hospital..)

4. Kalau anak kecil, merengek ... sebab badan tak selesa...

Apa perlu buat kalau anak demam panas?

1. Periksa suhu badannya (kerap kali periksa terutama sebelah malam kerana di waktu malam lagi cepat suhu meningkat.) Suhu normal dalam 36°C. Tetapi kalau kita sukat suhu anak dah sampai 37°C, cepat-cepat balut dia dengan kain basah.

2. Kalau anak sudah mula demam panas, balut badan anak dengan kain basah. Mandikan dia dengan air sejuk. Mula siramkan kaki dahulu, kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.

3. Kalau suhu badan anak masih tidak turun, segera bawa ke klinik. Kalau ada simpan ubat masuk buntut, masukkanlah. Kalau tidak yakin, cepat-cepat bawa ke klinik, biar doktor buatkan.

4. Kalau anak demam panas, sentiasa monitor suhu badannya. Kalau perlu, simpan thermometer.

Apa Perlu Buat Kalau Anak Kena Sawan Tarik di Rumah?

1. Baringkan dia mengiring. Buka pakaian anak.

2. Buka mulut dia. Kalau mulut berbuih, korek mulut dia keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biar dia tertelan air liur dia sendiri sebab boleh menyebabkan dia mati lemas/tercekik.

3. Jangan biar anak ketap gigi, takut terketap lidahnya.

4. Jangan masukkan ubat buntut masa anak tengah kejang, biar dia sedar dulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila dia dah sedar/menangis.. baru masukkan ubat buntut (kalau ada simpan kat rumah).

5. Kalau tidak ada ubat buntot di rumah, bila anak sudah sedar, cepat-cepat bawa ke klinik. Doktor akan bagi rawatan selanjutnya.

Ingat, waktu anak kejang, seluruh badan dia kejang. Jangan goncang-goncang badan dia. Terus baringkan mengiring. Cepat-cepat sedarkan dia dengan cara mandikan dengan air sejuk. Alirkan air dari kaki dulu dan ke atas dan bawa ke klinik/ hospital berhampiran. Waktu kejang, otak dia berhenti dari menerima oksigen. Sebab itu rawatan sudah diberi di rumah, masih perlu bawa ke klinik/ hospital untuk dapat bantuan oksigen. Otak kalau tidak dapat oksigen mencukupi dalam masa singkat boleh menyebabkan kecacatan atau terencat. Sebab itu bahaya sangat-sangat kalau anak kena kejang.

Sawan ni mungkin boleh datang balik bagi anak-anak yang pernah kena masa demam panas. jadi, setiap kali anak demam, sentiasa pantau suhu badannya.

4

DEMAM PANAS

Huh!!!..penatnya badan aku ini..3 hari aku berKAMP0NG di H0SPITAL SERI MANJUNG.ptg smlm baru b0leh kuar dari wad.dengar je anak aku dibenarkan kuar dari wad aduhhh!!!..rasa ser0nok sgt hehe..



nie la kali ke dua afiq kena tahan ward..pertama kali masa dia baru lahir sebab kuning..2 3 hari juga la DAN nie yg kali ke 2 sebab dia demam panas sampai jadi SAWAN TARIK..huh!!!..detik2 yg amat menCEMASkan bg diriku dan suami.nie la pertama kali afiq jadi sawan tarik.selama nie aku dengar ja budak2 kena sawan tarik.kali nie jadi depan mata aku terkena anak aku sendiri.uwaaaa!!!!..masa tu semua benda berputar2 dlm kepala aku..



pagi ahad tu aku dah rasa badan afiq suam2..mesti nak demam nih.mungkin perubahan cuaca kot sbb malam sabtu tu kami baru sampai dari kg.seminggu di kg..aku dah bg mkn ubat tp xkebah2 juga demam dia.tghari tu rasa kurang cikit panas bdnnya.main mcm biasa..ubat demam dia dah habis so ptg tu en s0mi aku ajak pi ambik ubat dia di klinik bersalin YASMIN tu (*anak aku serasi dgn ubat di klinik tu je)..

sampai je dkt klinik tu tutup la plak..aku terlupa yg hari ahad tutup hehe..kami p0n patah balik pi farmasi.balik dari farmasi tu tgk afiq tertido.aku pegang kepala dia panas bet0l.aku dah mula susah ati..(*tu p0n pada mulanya ada hati lg nak pi pasar mlm hihi!!..mujur xjadi pi pasar mlm)..kami terus balik umah.masuk ja dlm base dah hampir dgn bl0k umah aku tetiba anak aku jadi KEJANG BADAN,mata hitam ke atas nmpk mata putih je,mulut ternganga,air liur mula kuar..aku terus dpt tangkap dia mesti nak jd SAWAN TARIK.aku menjerit dkt en s0mi anak jadi tarik.en s0mi aku pecut keta terus ke HAT (h0sp dlm base nie..).mujur aku jenis selalu bawak b0tol air masak dia dlm keta.aku tuang air atas kepala dia.habis basah dlm keta.sepantas kilat aku basahkan badan dia..terus dia jadi lembik mcm pengsan.nadi terus lemah..aku dah mula pikir yg bukan2.aku berzikir kuat2 dlm keta.YA ALLAH kau selamatkanlah anak aku..jantung aku berdenyut kencang.panik ku mula menguasai diri..setiba kami di wad kecemasan aku terus bawak anak aku masuk dlm bilik kecemasan.bagi mandi dgn air sejuk..tetiba suara afiq mula kedengaran.menjerit memanggil2 aku.huh!!..alhamdulilah..suhu badannya mencecah 40 drjh celcius..panas sgt sbb tu dia jd tarik.mujur sekejap ja dia jadi tarik.xlebih dari 2minit..klu lama blh jadi kancing gigi.tu p0n mujur aku cepat basahkan badannya.klu xda air tu emmm...xtau la cmna.nau'zubillah...


sumber : p0kcik g0ogle

agak suhu badan dia menurun sikit nurse mula masukkan air dan ubat ke dlm badan anak aku..d0ktor ckp "puan,siap2..anak puan kena hantar ke h0spital manjung.kena tahan ward"..aku bgtau suami suruh dia balik ambil semua d0kumen anak.aku naik ambulans dgn anak aku.sampai di h0spital manjung anak aku di tahan di ward kecemasan.lama la jugak hampir 2 jam dekat ward tuh!!..anak aku menangis dari HAT sampai h0spital manjung akhirnya tertido sbb penat sgt..hehe!!..pukul 10mlm baru daftar masuk ward kanak2..mlm tuh aku berjaga sepanjang mlm..suhu badannya sekejap turun sekejap naik.



sian anak ibu berb0gel sepanjang mlm..



masih tido lena walaup0n tangan berlingkar dgn wayar hehe... 2 kali tercabut jarum tuh dari tgn dia..menjerit2 suruh buka.alih2 dia tarik sendiri..dan 2 kali jugak le kena cucuk balik..emmm...afiq2!!..dia rimas sbb xb0leh bebas dgn wayar air tu..



hampir sihat dah...



patut la dia demam panas..d0ktor ckp dia bengkak t0nsil.dan tarik tu berpunca dari suhu badan yg terlampau tinggi..el0k badan dah 0k,jadi ulser pulak.penuh dalam mulut dia..dia xboleh nak mkn.susu p0n xmau.kena tahan ward lg..d0ktor xbg balik sbb dia xb0leh mkn lg..emmm...xpa janji afiq sihat cam biasa..dan d0ktor dah ajar ibu dan abah cara2 mengatasi sawan tarik..tima kasih d0ktor dan nurse yg merawat anak ibu nih!!...


sem0ga anak ibu sihat selalu..sesekali sakit tanda ALLAH syg pada hambanya..klu afiq x demam,xjadi mcm hari tu ibu dan abah xtau apa tu SAWAN TARIK..ibu ngan abah belajar dari pengalaman..


IBU N ABAH SAYANG AFIQ,


Amyzan afiq





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom cuba resepi di bawah...sedap!!!! hampa mesti suka punya laa..hehe..

USIA PUTERA KESAYANGANKU

USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers
Back to Top