0

EARTH HOUR

mlm nie bermulanya earth hour selama sejam..umah aku bergelap separuh ja haha!!..cuma kurangkan pengunaan lampu daripada biasa.mengadap lapt0p aku yg xbapa cangih mangih nie dlm keadaan bergelap ckt..hehe!!..


hari tu aku xtau natang apa earth hour nie ( kasarnya bahasa hehe!!..) .. ooo skrg baru aku tau rupanya earth hour tu Kempen menyelamatkan dunia dan mengurangkan tekanan pemanasan Global, mengurangkan penggunaan elektrik untuk seketika Waktu. Dengan kempen ini,insyallah boleh mengurangkan tekanan pemanasan Global Dunia.

emmm aku s0kong la apa yg dibuat nie tp pada pendapat aku la bukan setakat padam lampu ja.sepatutnya byk lg aktiviti atau kempen yg kita perlu lakukan bg mengurangkan pemanasan gl0bal nie.c0ntohnya kurangkan pengunaan bahan kimia,lancarkan kempen kitar semula dgn lebih berkesan lg,mcm2 lg la..

tgk cuaca sekarang p0n dah lain mcm..kdg2 hujan kdg2 panas.lapisan 0zon pun dah makin nipis agaknya.panas semacam ja.mcm nak terbakar kulit..tambah2 lg kulit yg gelap mcm aku nih!!! hahaha!!... hitam itu menawan.segelap kulit manggis.kulit hitam isi dlm putih dan manis hehe!!... ( ^_^)..
0

JIRANKU..

Pas maghrib td bergegas pi h0spital manjung.tgk jiran aku kena tahan wad.mengandung dkt 5 minggu dah tapi kandungan luar rahim..emmm mcm2 sekarang nie kan..ish!! nau'zubillah minta dijauhkan dari semua tu.



~ ida jiranku ~


tgk ida cam gini teringat mak aku dulu masa tgh mengandungkan adik aku yg b0ngsu.cuma bezanya mak aku uri dibawah atau istilah  perubatan dikenali sebagai placenta previa(PP)..bahaya uri dibawah nie.9 bln mak aku kena d0k di h0spital.kalau b0leh balik umah p0n d0c xbg mak aku buat kerja rumah.balik sekejap pastu pi balik h0spital..huh!! dugaan sgguh masa tu.time tu plak aku tgh ambik spm.mak abah aku berulang alik ke h0spital.h0spital tu dah mcm umah ke 2 kami.masa tu abah aku belum pencen lg.sian abah aku terpaksa berulang dari tempat keja ke umah ambik kami terus ke h0spital.mak aku xb0leh bersalin n0rmal.cukup kandungan 7bln k0t(xingat dah aku p0n) adik aku dilahirkan secara pembedahan.sekarang adik aku dah um0 13thn daaa...


~ afiq dlm wad melawat cik ida ~




 
uar rahimSalah satu komplikasi hamil ialah mengandung di luar rahim. Ini terjadi apabila telur yang tersenyawa membuat implantasi di luar rahim. Kebanyakkan berlaku di dalam salur fallopian itu sendiri (>50%). Itulah sebabnya kandungan luar rahim juga dipanggil kandungan tubal (tubal pregnancy).
Tempat-tempat lain termasuklah ovari, serviks dan dalam ruang abdomen. Apabila janin membesar di tempat yang tidak sepatutnya,ia boleh pecah dan menyebabkan pendarahan. Ini boleh mengancam nyawa dan memberi kesan kepada tahap kesuburan anda.Sebab itulah sangat penting untuk wanita mengenali gejala dan tanda awal kandungan luar rahim ini kerana ia boleh menyelamatkan nyawa anda.

Gejala dan Tanda

Tanda-tandanya agak sama dengan keguguran biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu perihatin dan menganggap ia sesuatu yang ringan. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
Sekiranya gejala begini berlaku, berjumpalah dengan doktor anda secepat mungkin.

Risiko untuk kehamilan luar rahim

Risiko yang paling penting yang menjurus kepada kehamilan diluar rahim ialah salur fallopian yang rosak. Anda berisiko tinggi sekiranya anda mempunyai keadaan dan pernah menjalani prosedur yang melibatkan salur fallopian. Jangkitan kuman dan surgeri pada pelvis meninggikan risiko anda untuk mendapatnya. Pembedahan ikat atau tubal ligation juga boleh menambahkan risiko mengandung luar rahim.Lain-lain faktor yang meninggikan risiko anda termasuklah:
  • Sekiranya anda mempunyai kandungan luar rahim sebelumnya.
  • Sekiranya anda pernah mengalami radang pelvis
  • Sekiranya anda pernah mendapat rawatan kesuburan
  • Sekiranya anda mengalami endometriosis
  • Sekiranya anda mengamal IUD sebagai alat kontrasepsi.

Diagnosa

ecSekiranya anda mengalami gejala dan tanda (symptom) seperti di atas, doktor akan membuat beberapa ujian seperti ujian air kencing untuk mempastikan samada anda benar-benar hamil atau tidak. Sekiranya positif, ujian hCG akan dibuat dan membandingkan tahapnya dengan umur sebenar kandungan anda. Jika tahapnya rendah dari yang sepatutnya ada kemungkinan anda hamil di luar rahim.
Doktor juga akan melakukan pemeriksaan pelvis dan cuba penilaian mana yang tidak normal. Ujian ultra-bunyi juga penting dan sekiranya terdapat tanda seperti pendarahan dan karung di luar rahim, berkemungkinan besar anda hamil di luar rahim. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tanda-tanda ini tidak begitu jelas dan ini boleh memberi kepada diagnosa yang salah.

Rawatan

Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Harapan kehamilan pada masa depan

Ramai wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim bimbang tentang peluang untuk hamil secara normal terjejas. Sesungguhnya kehamilan luar rahim boleh meninggikan risiko untuk mendapat komplikasi yang sama pada masa hadapan. Tetapi ramai juga di antara wanita ini yang berjaya hamil seperti biasa dan mendapat anak setahun selepas itu.
Sekiranya sistem peranakan rosak dengan teruk, samada disebabkan oleh kehamilan di luar rahim atau pembedahan untuk merawatnya, kesuburan anda mungkin terganggu. Berbincanglah dengan doktor anda tentang peluang anda untuk hamil.



0

slurppp!!!... SI SIPUT SEDUT



Sebut pasal siput sedut teringat masa tgh mengandungkan afiq dulu..tid0 mlm termimpi mkn siput sedut.bgn pagi aku ckp dekat en s0mi tercinta yg aku teringin sgt nak mkn SIPUT SEDUT.en s0mi ckp mana nak cari siput tu tgh2 pekan nih..en s0mi ajak pi tgk k0t pasar mlm k0t2 ada.masa dlm keta aku berd0a m0ga2 jumpa la dgn siput sedut tu..rupanya ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA MENDENGAR rintihan hati se0rg hambaNYA yg lemah nie.ada dkt pasar mlm tu.tinggal sebungkus ja lg.aduh cepat2 aku sambar!!!..hahaha!!!..takut habis.


:: BUAH RUMBIA ::

masa aku tgh mengandung afiq ada lg benda yg aku teringin hehe..iaitu BUAH RUMBIA..aduh!!! mana nak cari tuh??? pelik2 bet0l kan..aku ingat kecik2 dulu aku dgn sepupu2 aku pi kebun tok aku lalu tepi2 sungai(klu dkt kg aku panggil char0k iaitu anak sungai).dkt tepi2 sungai tu byk la pokok nie.bila buah nie jatuh dlm sungai tu,pakat2 terjun berebut tangkap buah tu.sedap rasa kelat2 manis gitu..en s0mi pening kepala dah nak cari dkt mana hahaha!!..dia tnya kwn dia k0t dkt kg.org ckp buah tu ikut musim.aku dah kempunan nih..terpaksa en s0mi kena cari <<< dera ckt!!!..hihi!!...dia masuk dlm hutan mana ntah dpt jugak buah nie.ambik bukan main byk lg padahal aku mkn SEBIJI ja hahaha!!! hilang kempunan...pasni jgn kempunan yg pelik2 lg laaa..nau'zubillah..




:: siput sedut masak lemak cili api ::


hari nie aku buat siput sedut masak lemak cili api..afiq dgn abahnya cukup suka.nie penangan kempunan masa mengandung dulu.sampai sekarang afiq suka mkn siput sedut cuma dia xpandai nak sedut sendiri hehe!!..


mai kita pakat2 sedut slurrpppp!!!! (>_<)
0

~ TODAY IS MY BIRTHDAY ~

Huh!!! hari nie hari paling bahagia dlm hidup aku <<< hari2 aku bahagia hahaha!!...hari nie aku CUTI.hari nie tukang masak,tukang kemas rumah,tukang mandikan anak,tukang segalanya la rehat 1 hari hehe!!..klu la selamanya mcm nie kan best hahah!!..(melampau dah nieee) (^_^)..hari nie suma en hubby buat.mkn p0n beli je haha!!..







pejam celik pejam celik xsangka aku dah masuk usia 30an daa!!!...huhu..hari nie genap aku berusia 30thn (dah tua!!!waaaa!!..)aku sedang melangkah ke alam dewasa.ingat masa kecik2 dulu.dlm kepala ingat nak ser0nok ja.xpikir benda lain dah.bila masuk alam persekolahan baru aku matang ckt hehe!!..tu pun masih separuh matang.belum cukup matang lg.bila melangkah setapak ke alam remaja lagiii..lagiii la xmatang.bila terkena penyakit cinta fikiran yg separuh nak matang terus jd xmatang.blank terusss!!!huh!!! xmo dah ingat time tu.jiwa sakit merana suma ada.tahap mereng p0n ada hahaha!!..tp bila pikir2 balik suma tu mematangkan aku.mujur la aku nie jenis wat bodo je.yg aku tau life must go on!!!...tp hr nie alhamdulilah aku dikurniakan kuarga yg paling bahagia dlm hidup aku.dikelilingi dgn org2 terSAYANG disamping aku.meniti detik2 kehidupan bersama org yg aku SAYANG adalah anugerah yg amat berharga bg diriku.




~ kek en hubby beli td ~


hari nie besday aku en suami bucuk2 aku beli kek untuk aku.sedap jugak kek nie.dia beli dekat kedai SUNLIGHT CAFE AND CAKE HOUSE dekat sitiawan tu.



~ contoh kotak kek tu ~




~Kek yg separuh dah dipotong ~



orang pertama yg ngappp!!! afiq n abahnya hehe!!..beli klu nak simpan baik xpayah beli kan!! hehe!!..mkn ja laaa..



~ amboiiii..berselera nmpk anak ibu mkn ~


hah!! klu sebut hadiah apa taun nie aku dpt???hahaha!!!..malu nak ckp sbb bkn emas belian ke apa cuma kasut sukan ja hehe!!..kasut nie aku pakai setiap sabtu dan ahad.en hubby kesian tgk aku suka pakai kasut yg lama.pandai jugak cik abg ku nie pilih kasut hehe!!..




~ kasut aku pakai setiap sabtu dan ahad ~


bukan aku xpenah beli kasut baru tp en suami ku nie ckp kasut yg aku beli tu " MACAM KASUT MOTONG "..aduh!!! mcm nak bernanah telinga aku dengar.dia gelak ja dkt aku.cisss!!! bertuah punya suami hehe!!..




~ mcm kasut m0tong ke????? ~



emmm..apap0n aku tetap bahagia hidup bersamamu syg.hidup bersama 2 insan yg teramat amat ku syg.abah n afiq segalanya bagi ibu..luv u sooo much!!! muah!!muah!!


0

PETANG KHAMIS

Hari nie aku sakit tekak dan kepala.nak telan air liur p0n perit rasa.sakit sgt.pg td pi h0spital manjung.jumpa doc dia tnya aku ada demam x???aku ckp aku xdemam tp bila check suhu bdn aku dia ckp aku demam.camna tue???hehe..padahal aku xrasa demam pun.suhu bdn aku 39'c..kategori demam dah tue..haha!!!..heran.. aku rasa aku sihat ja.emmm....sakit2 tekak p0n aku sempat lg membako kek hahaha!!!...




Petang nie mkn roti bakar dgn kek marble je..kek marble aku nie xbapa mjadik sgt huhu!!!...sbb l0yang besar sgt.kek nie aku curik resepi sapa ntah..aku sllu cmtu salin resepi tp xtau sapa pnya TUAN RESEPI (^-^)...



                                        nie resepinya :


BAHAN:

1 CWN GULA
1 CWN MINYAK
3 BIJI TELOR
1 1/3 CWN TEPUNG GANDUM
1 SUDU BESAR BAKING POWDER
1 SUDU KECIL COKLAT EMULCO
ESEN VANILA


CARANYA:

  1. PUTAR TELOR DAN GULA HINGGA KEMBANG
  2. MASUKKAN MINYAK,ESEN VANILA,TEPUNG BERSAMA BAKING POWDER
  3. BAHAGI 2 BAHAGIAN.1 BAHAGIAN MASUKKAN COKLAT EMULCO
  4. BAKAR SUHU 170'C SELAMA SEJAM


0

APAM BALIK <--- favorite en hubby tersayang

Antara makanan yg paling en hubby aku suka ialah APAM BALIK.tiap kali pi pasar mlm mesti cari dan beli apam balik.yg aku heran tuh xpenah jemu plak tu emmm hehe!!.. smpaikan dia dah tau yg mana apam balik sedap atau xsedap.tiap kali beli apam balik aku mesti tgk org tu masak apam balik.ser0nok la plak aku tgk.mcm senang je hehe!!..pastu aku terjumpa resepi apam balik nie.aku salin resepinya tp xpenah buat p0n hehe!!..aku dah xingat sapa tuan punya resepi nie.baru hr nie tergerak hati aku nak cuba buat..alhamdulilah menjadi jugak APAM BALIK aku hihi!!..tima kasih byk2 kepada TUAN PUNYA RESEPI nie (^_^)...aku dgn bermurah hatinya menurunkan resepinya disini hahaha!!!..kpd yg nak mencuba dipersilakan..

BAHAN2NYA :

2 CWN TEPUNG GANDUM
1/2 CWN GULA
1 BIJI TEL0R
1 1/2 CWN AIR
1 SUDU TEH BAKING P0WDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
SEDIKIT PEWARNA KUNING

MENTEGA UNTUK MENGOLES DI KUALI
BAHAN TABUR : KACANG TANAH,JAGUNG MANIS,GULA


CARANYA :

  1. BLANDER GULA DAN TELOR.MASUKKAN AIR.BLANDER SAMPAI KEMBANG.MASUKKAN TEPUNG YG DIAYAK BERSAMA SODA , BAKING POWDER DAN SEDIKIT PEWARNA KUNING.
  2. REHATKAN ADUNAN SELAMA SEJAM.



~ ADUNAN YG TELAH DIREHATKAN ~




~ JAGUNG MANIS ~




~ KACANG TUMBUK KASAR ~

nie kacang org malas hehe!!..kulit p0n tarak buang.hantam ja sama dia haha!!..


 

~ SEDIKIT GULA UNTUK TABUR ~




~ APAM YG HAMPIR MASAK ~

aku suka letak jagung manis byk2 hehe!!!..sampai melimpah ruah.kacang pun aku letak byk2.xpa kita yg nak mkn.klu nak jual wat cm gini rugi beb!!! hahaha!!...


 

~ tadaaaaa!!!! APAM BALIK YG DAH SIAP DIMASAK ~


Akhirnya berjaya jugak aku buat apam balik untuk en hubby tersyg..pasni mkn yg isteri buat dah le ye..hahaha!!!..org tua ckp klu syg en suami kena belajar tawan perutnya dulu hahaha!!!...
0

KEJOHANAN MINI OLIMPIK

Smlm penutup bg kej0hanan mini olimpik dkt stadium TLDM..berpusu2 org pakat pi termasuk la aku hihi!!!..cdgnya nak naik bas yg disediakan.alih2 xjadi la plak.pakat2 naik m0tor ja laa...nak naik keta takut jem plak.



kami pakat berk0nvoi sama2.aku,ida,kwn ida n kak ita.kami pi pukul 7lbh p0n tgk org dah berduyun2 masuk stadium.huh!! selamat naik m0tor klu x jenuh cari parking.



~ tunjuk apa tu syg??? ~

afiq bkn main teruja lg tgk org ramai..bkn teruja sbb org tp sbb BELON byk hehe!!..penuh belon dlm stadium.pakat2 dapat seorg 2 belon.jadik la tuuu... :) dia paling suka bila bel0n terlepas ke udara haha!!!.. ibu!! ibu!! belon2... jenuh ibu melayan.



nie acara lumba lari 100 meter..pakat bers0rak riuh rendah..




~ maskot n the geng ~

paling budak2 suka time ada mask0t nie..huuu!!! penuh budak pakat nak bergambar nak salam.x terkecuali anakku jugak..tp ibu malu la afiq :)..klu ada abah boleh abah bwk tgk dekat.masa nie abah afiq hilang mana ntah..jumpa kwn dia..



~ khusyuk betol anak ibu.tgk apa tu?? ~




haaa baru abah ada..masa nie tgh tgk acara kawad senyap tldm..nie la pokcik2 yg selalu berlatih dipadang dpn umah aku tuh!!..



~ kawad senyap TLDM ~

amboiii!!!.. siap ada lampu kasut dgn topi depa noh!!!...hehe!!...



~ perarakan bendera2 rumah2 pasukan ~




~ pancaragam ~


~ atlet2 sukan ~



~ geng2 dikir barat ~

dlm banyak org dlm group nie ada abah afiq haha!!.. mlm nie abh afiq kena buat persembahan dikir barat pancawarna.kelakar p0n ada tp yg pasti  BEST!!..hihi!!..



~ persembahan dikir barat ~

hampir ke kemuncak penutup mini ada acara TANGKAP ITIK..aku ingatkan itik biasa tp org ckp itik tu mahal.lepas dlm 100 ek0r klu xsalah aku.huh!!! berduyun2 org berlari nak tangkap itik punya pasal..hahaha!!..sapa yg dpt kira bertuah la mlm tu sbb boleh bwk balik terus.


~ acara tangkap itik ~

sebelum balik kami tgk acara bunga api..terkejut aku!!!..anak aku lg laa..berdentum2 bunyi.


~ acara bunga api ~

emmm..seingat aku last aku pi mlm penutup sukan tu masa aku tgh mengandungkan afiq.lg sebulan nak bersalin.tgh sarat2 p0n sempat lg pi tgk hehe!!...chilllll!!!! (>_^)

TAHUN AKAN DATANG KITA PI LAGI!!!!

0

sepetang bersama kek pisang emmm...

0n ja fb ada ja yg xsedap didengar dan dilihat..emm..cuba la daripada mengutuk dan mengata org lebih baik berISTIGHFAR byk2..kan dpt pahala tuh!! semasa hidup nie lebih baik buat kebajikan daripada mengeji org.kdg2 aku sendiri p0n xphm.bagus menyampaikan sesuatu tp biar la yg baik2 saja.


~ mcm2 perangai org nih!!! ~


emmm...daripada pening2 kepala memikir BENDA YG XMENDATANGKAN FAEDAH nie lebih baik aku dgn cara aku.yg pasti aku xkacau hid0p org hehe!!..apap0n aku tetap bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang.


~ pisang ~

aik!!! tetiba ada gambar pisang plak..hikhik!!! sebenarnya aku nak buat kek pisang.pisang nie ibu dhiha yg bg hr tu.tgk ada lg 2 3 biji.sebelum pisang tu terlebih masak lebih baik aku wat kek pisang hehe!!..




memula pikir cadangnya nak buat puding jagung.sekali tgk pisang terus xjadi buat puding jagung.kek pisang masuk nie dah 2 kali aku buat.sedap jugak tp aku dah xingat resepi nie aku copy&paste dekat mana.dah lama.lupa daaa!!...


resepi KEK PISANG

BAHANNYA :

2 CWN TEPUNG GANDUM
1 CWN GULA
1/2 CWN MINYAK MASAK
1/2 CWN SUSU SEGAR
4 BIJI PISANG
3 BIJI TELOR
1 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT
SECUBIT GARAM
ESEN VANILA

CARANYA :

  1. AYAK TEPUNG , SODA DAN BAKING POWDER
  2. LENYEK PISANG DAN GARAM
  3. PUKUL TELOR DAN GULA SEHINGGA KEMBANG
  4. MASUKKAN PISANG , MINYAK DAN SUSU CAIR
  5. KACAU ADUNAN TADI DAN MASUKKAN TEPUNG.KACAU RATA.
  6. BAKAR SUHU 170'C SELAMA SEJAM/60MINIT



~ pisang yg telah dilenyek ~


setelah penat bertukus lumus membak0 apa suma akhirnya siap jugak kek aku hihihi!!..
jemput mkn ye (>_^)...




~ kek yg dah siap dip0t0ng ~
0

ASAM PEDAS IKAN PATIN

Semalam pi tesc0 terjumpa ikan patin.cadang nak wat masak temp0yak.bgn pagi nie pikir punya pikir asyik masak temp0yak ja..naik jemu daa..asal beli ikan patin ja mesti masak temp0yak.alih2 aku wat asam pedas plak..asam pedas versi aku hahaha!!


# ikan patin beli smlm #

aku masak ringkas ja hehe!! janji masak.tumbuk bwg putih,bwg merah,halia,cili kering.tumis bahan tumbuk pastu masukkan air,serai dan ikan.biar mendidih masukkan asam keping.tambah garam.last sekali masukkan daun kesum.dah SIAP!!! :-D



# asam pedas yg dah siap #

aku buka petiais tgk ada ayam,daging dan s0tong..pening lg << aduhaiii!!..lg satu nak masak apa nie???? pikir punya pikir buat daging masak kicap la (>_^)..
tumis sambal,taruh s0s cili,s0s tiram ckit masukkan daging.masak smpai daging empuk.masuk kentang,kicap pekat,garam ckt..dah SIAP!!! HUH!! selesai untuk hari nie..es0k lain cerita plak (>>_<<)


# daging masak kicap #
0

Blended Orange Cake

sejuknya malam nie..ptg td hujan turun lebat bet0l.habis banjir dekat belakang dapur aku.tempias hujan pnya pasal.anak aku cukup suka sbb b0leh tlg ibu dia m0p lantai sambil main air..hehe!! ptg tadi aku merajinkan diri try buat kek yg paling senang dan mudah bg aku..yg pasti paling SEDAP!!... hahaha!!..resepi nie aku ambil disini http://www.myresipi.com/top/detail/13746


~ kek yg dah siap dibakar ~




~ dah tinggal separuh hahaha!! ~



~ buah 0ren yg diparut kulitnya ~

kulitnya aku racik2 halus pastu aku masukkan dlm adunan kek tu..baru terasa orennya :D..

dibawah nie resepinya :

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus ( aku letak 1cwn je..takut manis sgt.bg aku cukup la sekadar manis2 buah :D )
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Blended_orange_cake_001
    Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Blended_orange_cake_002
    Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Blended_orange_cake_004
    Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

petang td mkn lemang dgn kek oren nie..tima kasih ibu dhiha sbb bagi lemang dgn sambal sekali..hehe!!..wahhh!! lama dah xmkn lemang.klu nak mkn p0n kena tunggu raya la alamatnya.




~ kek oren dan lemang ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom cuba resepi di bawah...sedap!!!! hampa mesti suka punya laa..hehe..

USIA PUTERA KESAYANGANKU

USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers
Back to Top