0

Petua Badan Ringan dan Bertenaga

Pilihan 1: Minum campuran air rebusan serai, halia, kulit kayu manis, dan lada hitam. Amalkan meminum air ini setiap pagi dan badan anda akan menjadi ringan dan bertenaga.
Pilihan 2: Ambil sebiji telur ayam kampung, pecahkan dan kemudian hirup bersama madu lebah asli. Dengan segera terjun ke dalam air sejuk (kolam). Petua ini sesuai untuk menambah tenaga seks lelaki.
0

TUKAR PERANCANG..

pagi nie pi klinik ambik perancang..selalu aku makan pil perancang NORIDAY tp hari nie kena tukar ubat plak sbb anak aku kurang menyusu badan dah..bermula malam nie aku dah start makan pil nie..aduh xtau la cmna..mintak2 jgn loya dan pening udah le..



0

apakah makanan khasiat / dilarang untuk ibu HAMIL ?




Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.
 Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.


SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

MAKANAN YANG DILARANG

Ada beberapa jenis makanan yang sebaiknya dihindari selama kehamilan kerana mereka dapat menyebabkan infeksi-infeksi seperti; salmonella,toksoplasmosis,listeria, E.coli, yang dapat membahayakan bayi dalam kandungan anda.

Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.

Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh karena itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad atau lalapan yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.

Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diare yang berat pada ibu hamil. Juga diperhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.

Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerusakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA rekomendasi ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebatas 12 ons perminggu

Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai resiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti flu. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran premature, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.

Jangan minum yang mengandung alcohol dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin ada juga problem emosional pada bayi.

Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dibatasi karena kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Ingatlah perkembangan bayi dalam kandungan anda tergantung dari apa yang anda makan selama kehamilan.
0

4 CARA SEORANG IBU MENGHADAPI KEPERITAN DUGAAN HIDUP




(1) Kehidupan perlu diteruskan- Apabila sehingga tiada lagi titisan airmata yang mampu dikeluarkan, beliau terfikir adakah ini bermakna pengakhiran untuk hidup beliau juga? Pasti tidak, kerana beliau tahu walau bagaimana sukar sesuatu dugaan itu, hidup perlu diteruskan. Seseorang tidak akan berjaya untuk menghadapi sesuatu dugaan selagi mereka sendiri tidak berusaha untuk cuba menghadapinya.

(2) Jangan biarkan emosi terus mengawal diri anda- Sekiranya seseorang terlalu sedih atau selalu mengingatkan tentang kesukaran dugaan hidup yang dialami, ia pasti akan lebih menyukarkan. Anda perlu mencari jalan untuk keluar daripada zon tersebut. Jangan sesekali biarkan diri anda terus dikawal oleh emosi.

(3) Inilah kehidupan- Anda perlu tahu bahawa setiap manusia didunia ini mempunyai dugaan hidup yang tersendiri. Sekiranya anda merasakan apa yang dilalui adalah amat sukar, anda juga perlu ingat bahawa ada manusia lain yang sebenarnya menghadapi dugaan yang lebih sukar berbanding diri anda. Kerana dugaan itulah sebenarnya membawa makna kehidupan untuk seseorang.

(4) Ketentuan tuhan- Anda perlu tahu bahawa segala baik atau buruk yang berlaku pada diri anda semua datang dariNYA. Anda tidak ada daya sedikit pun untuk mengubahnya. Sekiranya anda percaya dan berpegang teguh terhadap konsep ini, pasti segala dugaan hidup yang anda alami dapat diharungi dengan lebih tabah. Setiap perkara yang berlaku pasti ada makna disebaliknya
0

10 TIPS UTAMA DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA




1. Melaksanakan syariat Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga dan berakhlak mulia. Kata-kata yang baik dan penghargaan mesti menjadi amalan harian seisi keluarga.

2. Memupuk dan mempamerkan kasih sayang tanpa syarat. Era telekomunikasi sekarang seharusnya digunakan semaksima mungkin untuk berkomunikasi dan menyatakan sayang sesama ahli keluarga. Kanak-kanak sebagai contohnya lebih gemar dan ghairah berbual melaui telefon, manakala pasangan suami isteri mungkin lebih mudah menyatakan sayang melalui SMS.

3. Sentiasa peka pada perasaan ahli kelurga dan bertanya tentang perassan mereka. Elakkan diri daripada membuat andaian tentang sesuatu keadaan, malah keraplah bertanya tentang perassan secara peribadi.

4. Memahami gender dan tahap umur ahli keluarga; contohnya kanak-kanak, remaja dan warga tua. Ini akan membantu kita menjadi lebih peka pada perubahan-perubahan yang berlaku yang dilalui oleh ahli keluarga dan menghormati mereka secara hikmah.

5. Berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Masalah akan menjadi lebih terurai dan kecil bila diceritakan kepada ahli keluarga yang memahami dan menjadi pendengar yang baik, bersikap terbuka, memberi nasihat dan sokongan kepada alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Galakkan anak-anak memberi pandangan dan meluahkan perasaan mereka sejak kecil kerana ini menyebabkan mereka mempercayai kita ahli keluarga dan memudahkan mereka menyuarakan masalah mereka. Ahli keluarga pula secara total memberi bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sebaik dan secepat mungkin.

6. Mencintai ilmu dan sentiasa menimba ilmu dan berusaha untuk kemajuan diri. Ilmu yang baik terutama ilmu agama haruslah sentiasa diterapkan agar ianya menjadi perisai keburukan dan insentif kepada kebaikan. Setiap ahli hendaklah sentiasa menyokong kemajuan ahli yang lain dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, sukan, kerjaya mahupun dakwah.

 7. Amalan berbincang, bermuhabah dan tegur menegur antara ahli keluarga dapat membantu membentuk peribadi yang mulia.

8. Lakukan aktiviti-aktiviti masa berkualiti bersama ahli keluarga seperti bergurau, bercerita dan bersukan bersama seperti bermain badminton, congkak, atau pun sekali-sekala boleh berriadhah di pantai, melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya. Aktiviti sebegini boleh menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa lebih-lebih lagi anda sentiasa menghadapi kehidupan seharian yang serba cepat dan menekan.

9. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bantu membantu dalam amalan seharian rumahtangga amat diperlukan. Jadi setiap ahli bertanggungjawab dengan rutin seharian seperti membasuh pinggan sendiri selepas makan, mengemaskan bilik masing-masing dan membantu ibubapa dimana perlu. Dengan kata lain, pastikan setiap ahli keluarga berfungsi agar tidak ada pihak yang tertekan atau terbeban dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat mereka.

10. Sentiasa mengaktifkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat bersama jiran dan masyarakat setempat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan, melibatkan diri dalam sesuatu majlis seperti perkahwinan dan juga aktiviti riadah seperti bersukan. Galakkan juga anak-anak membantu bersama. Ahli keluarga berusaha menjadi pemimpin dalam masyarakat mampu mengubah masyarakat di sekeliling mereka.

Semoga tip-tip tersebut dapat menjadi pedoman dan membentuk kita menjadi lebih peka tentang tanggunjawab masing-masing. Wallahu a'lam...
0
huh!!! akhirnya sang harimau berjaya menundukan sang garuda..malaysia menang huhu!!! dah mcm hysteria org2 dlm kem nie aku tgk..mjerit myahut2.ada yg ckp "woii esok mlysia cuti"..mcm2 la hahaha..BOLA myatukan semangat kejiranan.anyway majulah sukan untuk negara.. ;) buat negara jiran jgn ada sifat balas dendam ye..adat dlm pertandingan hahaha..peace n0 war!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

jom cuba resepi di bawah...sedap!!!! hampa mesti suka punya laa..hehe..

USIA PUTERA KESAYANGANKU



USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers

Back to Top