0

GERMAN COOKIES @ DEUTSCHE KEKSE

Hari nie jauh aku terbang ke JERMAN..cewah!!! dalam malaysia nie p0n xhabis lg diter0ka ada hati nak pi jerman ye...hihi!!..sebenarnya hari nie aku merajinkan diriku menKUKIS..kali nie aku try buat biskut jerman ( * rasa mcm nak raya la plak emmm...).. sesaja mengatai tgn nak mencuba.resepi nie aku cil0k dari resepi jintan manis , cik mat kita , kak yatie ..nampak mudah dan senang resepinya..lgp0n x byk bahan yg diperlukan..

credit : MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


TEPUNG KENTANG



BISKUT BELUM DIBAKAR..DITEKAN DGN MENGGUNAKAN GARPU




BISKUT YANG SIAP DIBAKAR





BISKUT YG DIPAIPKAN DGN C0KLAT BERPERISA STRAWBERI ( * dlm resepi asal xda p0n buat cm gini hehehe!!!..saja aku yg bubuh )






  

tunggu hingga c0klat tue bet0l2 kering barulah disimpan dlm bekas kedap udara..


 



SELAMAT MENCUBA!!! ( ^_^ )


* ibu afiq *

    Amyzan afiq

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    jom cuba resepi di bawah...sedap!!!! hampa mesti suka punya laa..hehe..

    USIA PUTERA KESAYANGANKU

    USIA PERKAHWINANKU

    Daisypath Anniversary tickers
    Back to Top