Aku selalu teng0k resepi kek2,r0ti2,pizza dan mcm2 benda alah lg la.teringin nak buat tp masalahnya xda 0ven nak membak0nye..hmmm yg b0leh buat p0n kek yg kukus je la..en s0mi sian k0t tgk bininya asyik tgk kek je maka dibelikannya 0VEN satu untuk aku hahaha!!!..tadaaaaa!!!
~ oven murah2 je janji b0leh membak0 ~
bila dah ada oven nih mula la dlm kepala ligat memikir nak cuba buat kek..cari punya cari terjumpa satu resepi kek nie..CEPAT,MUDAH dan SEDAP.xpayah nak lenguh2 tangan guna mixer bagai.just
kacau je..senangkan!!! >_<
~ nampak perang wlp0n xguna brown sugar ~
resepi nie aku ambik dari resepi akak DAYANG JACK @ DAPURKU SYG
resepinye kat bwh ye :-
Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Loyang 20-22 cm
Loyang 20-22 cm
Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
125 ml jus oren
Bahan B :
250 g mentega
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional
Cara-cara :
Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
0 ulasan:
Catat Ulasan